Setiap orang semestinya ada tempat istimewa yang ingin dilawati. Berdasar itulah aku juga tidak terlepas ingin pergi ke satu tempat yang amat ingin aku kunjungi.
Pada 01 Jun aku dan isteri dan anak2ku telah memulakan perjalanan ke destinasi lawatan aku sekeluarga iaitu ke Australia. Destinasi kami ialah Western Australia di mana bandaraya utamanya ialah Bandaraya Perth. Oh ya, perjalanan kami tiba di lapangan terbang LCCT Sepang jam 12.30tgh.Kami telah menginap di Tune Hotel buat sementara menunggu waktu berlepas ke WA iaitu jam 00.05.
Sementara menunggu waktu itu, kami sempat jugapergi melawat salah sebuah kawasan yang berhampiran dengan kawasan lapangan terbang iaitu kawasan Salak Tinggi. Saja mengintai-intai tempat orang yang semestinya ada kelainan dari tempat sendiri. Waktu ni banyak sungguh orang menjual durian.
Lebih kurang jam 8.00am aku sekeluarga check out dari hotel. Kami telah menaiki kenderaan hotel untuk menuju ke LCCT. Oh ya, dengan tambang RM1 sahaja untuk kami ke LCCT.
Sesampainya kami di LCCT, kami telah menuju ke tempat untuk luggage. Proses-proses ni macam biasalah. Rasanya tak yah la nak bercerita panjang. Jam hampir 10.00am, kami telah check in untuk menunggu tempat pelepasan. Ramai gak yang akan sama-sama berlepas ke Perth. Kami telah menaiki pesawat jam 11.45pm dan berlepas ke Perth tepat 12.05am.
Setelah berada di dalam pesawat selama 5jam 20m kami telah dibertitahu pesawat akan mendarat. Jam 05.30 kami telah turun dari pesawat di lapangan terbang Perth. Alhamdulillah kami telah sampai di Perth. Waktu ini kami terpaksa menghadapi pemeriksaan yang agak ketat kerana situasi sekarang yang terdedah dengan penyakit H1N1. Tapi alhamdulillah, aku sekeluarga dapat melepasi pemeriksaan dengan lancar dan selamat.
Keluar sahaja di dari kawasan itu, aku telah disambut oleh adik isteriku-adik iparla bersama seorang kawannya. Aku telah bertolak ke tempat penginapan iaitu di rumah adik isteriku.
Sesampainya aku di rumah adik ipar, kira-kira jam 6.45am. Aku terus solat subuh walaupun dah hampir di akhir waktu. Tapi aku tetap dapat menunaikan solat dengan sempurna. Hari ini aku berasa agak letih yang menyebabkan aku tertidur hampir beberapa jam. Biasalah perjalanan yang jauh memang memenatkan. Setalah dapat merehatkan badan, aku kembali segar. Di sini sekarang dalam musim sejuk bercampur hujan. Memang keadaan amat sejuk terutama pada waktu malam. Aku telah bersedia dengan membawa baju sejuk.
Pada waktu ini juga waktu malam begitu cepat iaitu jam 5.20pm telah masuk waktu maghrib dan waktu isyak pada pukul 6.42pm. Sesungguhnya pukul 6.00pm telah gelap gulita seperti jam 8.00 di Malaysia. Aku dan keluarga sempat melawat beberapa tempat pada sebelah petang. Banyak perkara yang mengagumkan di sini.
Lawatan pertama aku ialah mengelilingi bandarraya Perth. Nak tahu bagaimana aku mengelilingi bandaraya ini? Mungkin ramai yang tidak mengetahui. Aku sekeluarga telah menaiki satu perkhidmatan yang di beri nama TRAM iaitu bas kecil yang berupa satu gerabak keretapi. Untuk gambaran semua, Tram seperti gambar di bawah. He...he... macam soalan periksa lak ya........ nantikan sambungan memori di Perth.